Masa Cipta Kejayaan


Masa Cipta Kejayaan

View larger image

CODE: MACK
****

Price: RM29.90
14 days
Quincy Kandoh
978-983-3364-70-1
162
93 item(s)

 
Description
Send to friend
Reviews
Title: Masa Cipta Kejayaan
Sub-Title: Membongkar Segala Rahsia Mencapai Kejayaan


Description:
Buku ini mendidik pembaca untuk mengeksploitasi masa dalam memotivasikan semangat diri, merealisasikan impian dan mencipta kejayaan di dalam kehidupan.


About The Author:
Quincy Kandoh lebih tahu erti kejayaan yang sebenar. Beliau telah memiliki ijazah sarjana muda kepujian pada usia 22 tahun. Setelah itu beliau bekerja sebagai seorang penolong pengurus di sebuah syarikat swasta. Dalam masa kurang dari setahun beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana ingin menentukan masa depan sendiri. Dengan keberanian dan keyakinan yang tinggi, beliau percaya dia pasti berjaya. Oleh itu, beliau telah membaca banyak buku untuk mencari rahsia kejayaan dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari.

Seterusnya beliau menceburi bidang jualan dengan menjadi seorang jurujual. Setiap hari beliau akan menjual barang – barang seperti alat tulis, buku atau barang kegunaan harian ke tempat- tempat seperti kedai, pejabat, restoran, gerai dan kawasan kaki lima. Pada waktu malam pula dia menceburi bidang jualan langsung bersistem multi – level. Setelah hampir setahun beliau berhenti sebagai jurujual dan memberi tumpuan kepada perniagaan multi- level yang sudah mula menampakkan keuntungan. Malangnya syarikat multi- level itu tidak dapat bertahan lama dan terpaksa ditutup.

Beliau telah melalui pelbagai rintangan dan kegagalan yang dianggapnya hanyalah satu proses pembelajaran sebelum berjaya. Dalam usia semuda 26 tahun beliau adalah perunding serta pelabur hartanah dan juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.


Contents:
Perkara Penting Kenapa masa cipta kejayaan?

Bahagian Pertama;
# (membentuk masa yang berkualiti dalam diri)
1. Berimpian
2. Percaya Pada Diri Sendiri
3. Berfikir Di Gambaran Akhir
4. Menipu Diri Sendiri
5. Kuasa Fisiologi
6. Suara Kecil

Bahagian Kedua;
# (melaburkan masa yang berkualiti dan melipatgandakan kejayaan)
7. Jangan Tunggu
8. Belajar Tanpa Had
9. Sentiasa berubah
10. Kuasa Soalan Dalam Diri Anda
11. Punca Masalah Sebenar
12. Tanggungjawab Insan Berjaya

Bahagian Penutup
Kesimpulan;
Ikrar Insan Berjaya
Author: Hadi Rofiee
Date added: 26/05/2010, 22:37

****

Saya telah selesai membaca buku 'Masa Cipta Kejayaan', sememangnya buku ini banyak memberikan nasihat-nasihat yang berguna. Di samping itu, buku ini juga dapat memotivasikan diri kita dalam menempuh kehidupan seharian bagi mencapai kejayaan yang cemerlang. Sesungguhnya buku ini amat sesuai dibaca bagi menaikkan kembali semangat diri sendiri. Syabas diucapkan!. Tak sabar untuk membaca buku seterusnya: Berangan & Berjaya.

Add new post

*
*
*

To ensure that a person, not an automated program, is filling this form, please enter the characters you see in this picture. All letters will be shown in their capitalized form.

  Redraw

Aksara: 

  
*
  
  
*

Loading...