Title: Rahsia Membina Senjata Jualan
Sub-Title: Panduan mudah menulis surat jualan bagi menarik perhatian jutaan pelanggan & melipatgandakan keuntungan jualan walaupun di tengah kemelesetan ekonomi
Description:
Buku ini memberikan panduan sistematik penulisan surat jualan sebagai senjata ampuh pemasaran. Direka sesuai untuk semua jenis perniagaan, ia antaranya menerangkan strategi merancang pembinaan senjata jualan serta teknik dan taktik berkesan menarik minat pembeli.
About The Author:
Zahrul Azua Kamaluddin berkelulusan B. Eng (Hons) Electrical & Electronic Engineering dari University of Plymouth, United Kingdom. Beliau merupakan seorang pengamal dan pengkaji perniagaan kecil-kecilan, selain berpengalaman sebagai jurutera jualan, eksekutif pemasaran dan eksekutif pembangunan perniagaan dalam pelbagai bidang termasuk kejuruteraan, katering dan perkhidmatan kontraktor.
Syed Akil berkelulusan Diploma Perguruan dari Maktab Perguruan Sarawak Miri serta Sarjana Muda (Kepujian) Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau berpengalaman mengajar di peringkat sekolah rendah, menengah, diploma sehingga menjadi pelatih untuk Skim Latihan Graduan. Selain mendalami teori Direct Marketing, beliau juga bergiat secara sambilan dalam perniagaan ‘online’ dan ‘offline’.
Contents:
Bahagian Satu - Pengenalan
Bab 1 Asas Penyampaian Mesej Jualan Melalui Surat
1.1 Bagaimana surat boleh membantu usaha jualan
1.2 Persoalannya sekarang, kenapa anda perlukan surat jualan?
1.3 Mesej jualan melalui surat
1.4 Jualan lwn emosi pembaca
Bahagian Dua - Bagaimana Merancang Sistem Pembinaan Senjata Jualan Anda
Bab 2 10 Langkah Bagi Merancang Sistem Pembinaan Senjata Jualan Anda
2.1 Kenal pasti pelanggan anda
2.2 Gunakan imiginasi dan fahami pelanggan anda
2.3 Kenali produk atau perkhidmatan anda
2.4 Tentukan tawaran anda
2.5 Tarik perhatian dengan menjanjikan sesuatu yang besar
2.6 Cipta keunikan bagi menarik pembeli
2.7 Senaraikan kelebihan serta faedah-faedah produk atau servis anda
2.8 Buktikan apa yang anda janjikan dan tawarkan adalah benar
2.9 Ramal dan hadapi bantahan pelanggan
2.10 Tutup mesej jualan anda dan tukarkannya kepada belian oleh bakal pembeli anda
Bahagian Tiga - Bagaimana Memulakan Pembinaan Senjata Jualan Anda
Bab 3 Mulalah Menulis Mesej Jualan Anda
Bab 4 14 Langkah Mudah Bagi Menulis Surat Jualan
Bab 5 Bagaimana Membina ‘Headline’ Atau Tajuk Utama Yang Berkesan
Bab 6 Bagaimana Memulakan Surat Jualan
Bab 7 Bagaimana Menulis P/S Atau Pesanan Terakhir Anda
Bab 8 Hukum 24 Jam
Bahagian Empat - Bagaimana Menyiapkan Pembinaan Senjata Jualan Anda
Bab 9 Baca Dan Periksa Semula Tulisan Anda
9.1 Periksa semula teknik dan taktik penulisan anda
9.2 Periksa gaya penulisan anda
9.3 Gunakan perkataan-perkataan serta ayat-ayat yang berkuasa tinggi
9.4 Gunakan bantuan gambar/grafik
9.5 Beri perhatian kepada 13 perkara kecil yang memberi pengaruh besar dalam surat jualan
9.6 Tulis semula
9.7 Lihat senarai periksa anda (checklist)
Bahagian Lima - Contoh-contoh surat jualan
Contoh-contoh surat jualan
Bahagian Enam - Penutup
Tahniah!
Bahagian Bonus #1
Analisa penulisan surat jualan oleh Zamri Nanyan
Bahagian Bonus #2
Analisa penulisan surat jualan oleh Amirul Faisyal