Title: Rahsia Jutawan Lelong
Sub-Title: 8 rahsia untuk mencapai pendapatan 7 angka di Lelong.com.my & eBay.com
Description:
Buku ini merupakan sambungan kepada buku best seller Rahsia Raja Lelong. Ia membongkar rahsia bagaimana untuk membaca perniagaan lelongan online ke peringkat yang lebih berjaya dan mencapai keuntungan 7-angka.
About The Author:
Eruwan Gerry Norsen telah menerima Ijazah Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Teknologi PETRONAS, Malaysia dan kini sedang bekerja di PETRONAS Carigali Sdn Bhd.
Eruwan telah mula melawati portal lelongan online Lelong.com.my dan eBay.com semenjak lima tahun yang lalu. Hobi menjual barangan terpakai di portal tersebut telah berkembang sehingga menjadi satu sumber pendapatan yang lumayan buat dirinya. Eruwan kini memiliki Member Store di Lelong.com.my, eBay Store di eBay.com dan pelbagai laman web lain.
Buku pertama beliau iaitu Rahsia Raja LelongTM dan versi bahasa Inggeris, Secrets of the Lelong KingTM telah dipaparkan di dalam pelbagai media massa. Buku-buku tersebut juga telah tersenarai di dalam ruangan MPH Online Bookstore Weekly Top 10 Bestsellers List.
Beliau juga merupakan penceramah perniagaan Internet kepada TrueWealth Sdn Bhd, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Kementerian Keusahawanan & Koperasi dan Universiti Kuala Lumpur.
Eruwan sudah menghabiskan banyak masa dan wang untuk mempelajari rahsia penjual-penjual yang telah mencapai kejayaan besar di dalam dunia lelongan online dan pemasaran Internet. Buku Rahsia Jutawan Lelong menunjukkan apa yang perlu dilakukan untuk membawa perniagaan lelongan online anda ke tahap kejayaan yang seterusnya!
Contents:
PENGENALAN
1. Menjadi bestseller
2. Mengapa buku ini dihasilkan?
3. Apa yang boleh anda pelajari?
4. Panduan penggunaan buku ini
RAHSIA #1: MENJUAL DI MALAYSIA
1. Pendahuluan
2. Kenapa anda perlukan Member Store
3. Contoh Member Store
4. Penutup
RAHSIA #2: MENJUAL KEPADA DUNIA
1. Pendahuluan
2. Kelebihan eBay Store
3. Selling Manager Pro
4. Contoh eBay Store
5. Penutup
RAHSIA #3: PENJENAMAAN HEBAT
1. Pendahuluan
2. Apa itu penjenamaan?
3. Bagaimana penjenamaan membantu anda?
4. Penjenamaan nama
5. Penjenamaan kedai
6. Penjenamaan reputasi
7. Dapatkan logo
8. Pengukuhan jenama
9. Penjagaan jenama
10. Apa itu trademark?
11. Fungsi trademark
12. Pendaftaran trademark
13. Kajian kes: Member Store MaxAudio
14. Penutup
RAHSIA #4: MULAKAN KEDAI ANDA
1. Pendahuluan
2. Mulakan Member Store anda
3. Mulakan eBay Store anda
4. Rahsia kejayaan
5. Penutup
RAHSIA #5: MULAKAN LAMAN WEB
1. Pendahuluan
2. Kelebihan memiliki laman web
3. Mulakan laman web anda
4. Contoh laman web
5. Penutup
RAHSIA #6: MULAKAN SYARIKAT ANDA
1. Pendahuluan
2. Penjimatan cukai
3. Pengurangan cukai permulaan perniagaan
4. Pengurangan cukai semasa perniagaan
5. Pemilihan bentuk perniagaan
6. Pendaftaran syarikat Milikan Tunggal
7. Mendapatkan akaun bank perniagaan
8. Miliki Pejabat Maya (Virtual Office)
9. Penutup
RAHSIA #7: TINGKATKAN KEUNTUNGAN
1. Pendahuluan
2. Yuran Lelong.com.my
3. Yuran eBay.com
4. Di manakah wang saya?
5. Barangan tidak dibayar
6. Barangan tidak dijual
7. Harga produk
8. Strategi penentuan harga
9. Strategi harga campuran
10. Penutup
RAHSIA #8: BERMULA KECIL, BERFIKIR BESAR
1. Pendahuluan
2. Bermula kecil tetapi berfikir besar
3. Berhenti kerja
4. Ketahui tahap keuntungan
5. Menghadapi putus asa
6. Pendapatan pelbagai aliran
7. Anda tidak boleh buat begitu
8. Penutup
KATA AKHIR
BIOGRAFI PENULIS
RAHSIA RAJA LELONG .COM
GLOSARI
No posts found
Track my order(s):