Title: Ryan & Raihana
Sub-Title: Kisah Cinta Dua Dunia
Description:
Segalanya bermula di Robert Gordon University, Edinburgh, Scotland. Raihana bertemu sang wira cintanya Ryan Broderick. Pertemuan yang tidak terduga itu membibitkan sebuah persahabatan yang erat. Namun bibit-bibit cinta mula terbit apabila mereka berjauhan. Ketika itu mereka menyedari yang mereka saling jatuh cinta. Tetapi jurang perbezaan agama dan budaya mewujudkan konflik yang menentang penyatuan cinta Ryan-Raihana. Dapatkah cinta Ryan-Raihana disatukan?
About The Author:
Razzlina Rahman mempunyai kelayakan dalam bidang Teknologi Maklumat daripada Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dan menyambung pendidikannya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda juga dalam bidang Teknologi Maklumat di Coventry, United Kingdom. Beliau pernah bekerja sepenuh masa dalam sektor Teknologi Maklumat sebelum memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Minatnya membaca menyebabkan timbul keinginan untuk menulis novel cinta. Novel cinta Ryan-Raihana adalah novel sulung karya penulisannya.
Antara impian unggulnya ialah menulis novel dalam pelbagai genre yang merangkumi suka duka kehidupan seorang perempuan yang bergelar isteri, ibu dan kekasih serta sahabat sejati. Walau apa pun genre penulisan, beliau amat berminat untuk menekankan tentang kekuatan jiwa kaum hawa serta hubungan spiritual yang erat di antara hamba dengan tuhan mereka. Sebolehnya beliau ingin menulis sesuatu yang positif dan mampu menyuntik semangat serta memberi inspirasi kepada pembaca untuk menghadapi cabaran yang mendatang.
Contents:
Bab 1 Raihana
Bab 2 Ryan
Bab 3 Pertemuan Yang Kalut
Bab 4 Panahan Elektrik di Kafe, Lagu Linger di Jukebox
Bab 5 Chemistry Membina Persahabatan
Bab 6 Dilema Ryan
Bab 7 Saat Mula Terasa Rindu
Bab 8 Déjà vu Lagu Linger
Bab 9 Pengakuan Ryan, Konflik Bermula
Bab 10 Provokasi Abang Long
Bab 11 Ayah Meledak!
Bab 12 Konflik Lagi!
Bab 13 Selamat Tinggal Cinta
Bab 14 Catatan Musim Duka di Aberdeen
Bab 15 Kejutan Hari Graduasi
Bab 16 Ratu Ais
Bab 17 Kejutan daripada Nana
Bab 18 Lamaran Kedua, Cincin Berlian di Jari Manis
Bab 19 Perjuangan Cinta
Bab 20 Perjuangan Cinta Yang Tewas
Bab 21 Musyawarah Cinta
Bab 22 Dan Keputusannya…
Bab 23 Dan Kesabaran Yang Baik Itulah Kesabaranku
Bab 24 Prolog Cinta
Biodata Penulis
No posts found
Track my order(s):
RM29.90
RM29.90
RM24.90