Berangan & Berjaya


Berangan & Berjaya

View larger image

CODE: BERA
*****

Price: RM29.90
14 days
Shahifol Arbi Ismail
978-983-3364-82-4
198
92 item(s)

 
Description
Send to friend
Reviews

Title:Berangan & Berjaya
Sub-Title:7 Langkah Bagaimana Anda Boleh Memiliki Segalanya

Description:
Buku ini menerangkan kepentingan angan-angan dalam mencapai semua yang diinginkan serta langkah-langkah untuk menukarkan angan-angan dan impian tersebut menjadi satu realiti. Antara informasi yang terkandung dalam buku ini ialah teknik-teknik menangani sabotaj dan emosi negatif dalam memajukan diri, kaedah-kaedah bersyukur yang dapat menarik lebih banyak nikmat dan banyak lagi.

About The Author:
Shahifol Arbi Ismail mempunyai minat yang mendalam di dalam bidang pembangunan diri dan mempunyai diploma dalam bidang bidang hipnosis dari Amerika Syarikat serta mempunyai sijil dalam Master Reiki. Beliau pernah memberi beberapa ceramah pembangunan diri dan motivasi kepada pelajar serta masyarakat umum. Beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia. Beliau kini sedang mengikuti program doktor falsafah dalam bidang Pengurusan Pengetahuan memfokuskan kepada pembelajaran organisasi.

Contents:

Istilah dan Sinonim
Bab 1 - Pengenalan
Bab 2 - Langkah Satu: Pasti Apa Yang Anda Inginkan
Bab 3 - Langkah Dua: Bersihkan Diri Anda Daripada Kepercayaan Yang Membantutkan
Bab 4 - Langkah Tiga: Rasai Keseronokan Memiliki Impian Anda
Bab 5 - Langkah Empat: Ambil Tindakan Terilham
Bab 6 - Langkah Lima: Berserah
Bab 7 - Langkah Enam: Bersyukur
Bab 8 - Langkah Tujuh: Nikmati Saat Ini
Bab 9 - Teknik Kebebasan Emosi
Bab 10 - Penutup
Appendiks
Bacaan Dan Sumber Lain
Author: Hadi
Date added: 22/06/2010, 08:34

*****

Salam sejahtera kepada TW dan semua pelawat laman ini.

Saya telah berjaya menghabiskan bacaan buku ini. Sesungguhnya perisiannya begitu 'padat'. Hal ini kerana ia bukan sahaja bermain dengan teori, malah menuntut kita untuk mempraktikkannya.

Selain itu, ia juga membetulkan tanggapan yang salah mengenai Mat Jenin. Di samping itu, pembacaannya sesuai untuk minda dan motivasi.

Saya telah memperoleh beberapa perkara yang sangat perlu diketahui. Saya fikir buku ini perlu dibaca demi menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan juga menjana minda yang berjaya. Diharap akan ramai orang Melayu yang akan membacanya kerana ia di dalam Bahasa Melayu, demi kejayaan dan kemajuan bersama.

Terima kasih kepada TW di atas penerbitan buku ini.

Wassalam.
Author: Ahmad Faiz
Date added: 11/9/2009, 13:02

*****

Kebanyakan bahan bacaan mengenai hukum tarikan di dalam bahasa Inggeris. Dengan terbitnya buku ini di pasaran ilmu mengenai hukum tarikan yang amat bernilai ini dapat sampai kepada khalayak pembaca Melayu khususnya. Buku ini memberikan panduan lengkap bagaimana menggunakan hukum tarikan dalam memperolehi cita-cita atau angan-angan kita. Paling menarik penulis menggunakan pendekatan islamik dalam pengaplikasian hukum tarikan. Banyak ilmu baru yang diperolehi dari buku ini. Saya fikir ia harus dibaca oleh setiap orang yang ingin memajukan diri mereka!

Add new post

*
*
*

To ensure that a person, not an automated program, is filling this form, please enter the characters you see in this picture. All letters will be shown in their capitalized form.

  Redraw

Aksara: 

  
*
  
  
*

Loading...