About The Author:
Doktor Ramli Tahir mendapat Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Perkhidmatan beliau selama lima tahun di Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengendalian Klinik Surgeri serta Pergigian Bakti miliknya membuktikan luasnya pengalaman beliau. Selain bertindak sebagai pengarah sebuah syarikat pengurusan dan penyewaan hartanah, minatnya yang mendalam dalam bidang kewangan dan menyampaikan ceramah kesihatan di media massa sekali lagi cukup meyakinkan kredibiliti beliau dalam bidang kesihatan dan kewangan.