About The Author:
Abu Shiddiq merupakan anak kelahiran Medan, Indonesia. Beliau mendapat pendidikan dalam bidang Sastera Arab di Institut Ibnu Khaldun dan memegang Ijazah Bidang Syariah di Universiti Islam Sumatera Utara (UISU), serta Master in Philosophy of Islam di Al-Azhar, Mesir. Beliau menjadi Pengasas Pusat Islam yang memberi perlindungan kepada mangsa Tsunami, Acheh. Selain aktif menulis buku, beliau juga merupakan pensyarah sambilan di UISU, Medan dan Universitas Tjut Nyak Dhein, Medan, serta guru Bahasa Arab dan Kaunselor Perkahwinan di Institut Sumatera, juga di Medan.