About The Author:
Ahmad Tarmizi Jusoh mempunyai kelayakan dalam bidang undang-undang sivil dan syariah. Beliau mempraktikkan amalan guaman sejak tahun 1996 dan kini bertugas sebagai Peguam Syarie bagi negeri Pulau Pinang. Beliau juga banyak mengendalikan kes-kes berkaitan hartanah, syariah dan dokumentasi perbankan islam hasil perkongsiannya dengan firma guaman Tetuan Rosidi Mustafa & Harryzam di Pulau Pinang. Karya sulungnya, Bagaimana Memperolehi RM30,000 dalam masa 30 Hari Melalui Hartanah Lelong, berjaya menaikkan namanya.