Malay Novel

Malay Novel
 
Sort by:    Product     Price     Default    

Anugerah Kasih

CODE: ANKA

Price : RM29.90

Novel ini mengisahkan tentang Raiyan, seorang wanita agresif yang bertemu dengan “Princessnya”, Dee. Perhubungan mereka menjadi sangat rapat sehingga menjadi isu panas di dalam keluarga masing-masing, terutamanya Raiyan. Raiyan kemudiannya mengenalkan Dee kepada sepupunya, Badrul dengan harapan untuk menyatukan mereka dan melawan perasaan cintanya kepada Dee. Badrul yang baru sahaja memulakan langkah untuk mengenali Dee terkejut apabila mengetahui Dee tiba-tiba telah jatuh cinta dengan seorang lelaki pendatang bernama Ammar. Apakah impian Raiyan untuk melihat Princessnya bersanding dengan Badrul tercapai? Selamatkah Dee daripada jerat ilmu pengasih lelaki pendatang?
 


Memori Musim Bunga

CODE: MEMO

Price : RM19.90

Koleksi 11 buah cerpen yang bertemakan cinta dan kasih sayang ini merangkumi kisah dunia remaja, lelaki dewasa, seorang ibu dan seorang nenek di penghujung usia. Mula ditulis sejak 10 tahun yang lalu. Rentetan kisah kehidupan yang akan memberikan kesedaran kepada para pembaca.

 

Rintihan Bulan Gerhana

CODE: HANA

Price : RM29.90

Rintihan Bulan Gerhana membawa kita kepada sebuah perjalanan hidup yang penuh berliku terpaksa dilalui oleh seorang wanita berhati waja iaitu Sofea. Meniti kehidupan sebagai gadis yang manja, periang dan berpendidikan, namun dia akhirnya tewas di dalam sebuah percintaan palsu yang diciptakan oleh lelaki-lelaki berhidung belang. Cinta pertamanya telah merobek maruahnya. Perhitungan hidup yang di rancang dan mengharap bakal merubah kehidupannya selepas itu hanyalah bayang semata-mata.
 

Ryan & Raihana

CODE: ryra

Price : RM20.00

Segalanya bermula di Robert Gordon University, Edinburgh, Scotland. Raihana bertemu sang wira cintanya Ryan Broderick. Pertemuan yang tidak terduga itu membibitkan sebuah persahabatan yang erat. Namun bibit-bibit cinta mula terbit apabila mereka berjauhan. Ketika itu mereka menyedari yang mereka saling jatuh cinta. Tetapi jurang perbezaan agama dan budaya mewujudkan konflik yang menentang penyatuan cinta Ryan-Raihana. Dapatkah cinta Ryan-Raihana disatukan?
 

Loading...