Noorazian Noordin memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia. Pekerjaan beliau di dalam menyediakan perkhidmatan perakaunan secara bebas (Freelance Accounting Service) telah memberi banyak masa untuk beliau menulis novel. Novel Anugerah Kasih ini merupakan novel sulung karya penulisannya. Layari azianwrites.blogspot.com untuk menghubungi atau mengetahui lebih lanjut mengenai penulis.