Ami Ali merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dari Universiti Terbuka Malaysia. Beliau bekerja di bahagian pembangunan pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang mana penglibatan beliau secara langsung dengan aktiviti pelajar banyak memberi ilham kepada beliau untuk berkarya. Di samping itu, beliau amat mengagumi teater dan persembahan kebudayaan.