About the author:
Marzuki Adam merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan (kepujian) dan merupakan seorang pelajar yang aktif di universiti. Berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dengan bertugas sebagai guru selama 17 tahun di pelbagai sekolah seperti Sekolah Menengah Landas (1994-1999) dan beberapa sekolah yang lain. Berpengalaman menulis forum, rencana dan esei di akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian sekitar tahun 1990an.
Mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan sejak dari zaman universiti lagi iaitu dengan membuka kelas tuisyen secara kecil-kecilan dan juga bagi kelas tuisyen persendirian di Langkawi (Mac, 2000) sebagai fardu kifayah membantu para pelajar lulus cemerlang dalam peperiksaan awam.