About The Author:
Razali Razman ialah penulis buku Panduan Bijak Melabur dan Panduan Pelaburan Unit Amanah. Beliau pernah menyumbang 14 rencana kepada majalah Dewan Ekonomi dan Agama Falsafah serta merupakan Editor untuk UM Accounting Journal 1997. Beliau memiliki Razz Publications, sebuah perniagaan yang terlibat dalam bidang penulisan dan penterjemahan. Antara pelanggan utamanya termasuk MAA, F&N, MAS, Philips, ING, UniAsia, Bank Islam, OCBC, Ogilvy, Shandwick, Wyeth dan Bayer.Razali juga merupakan bekas penuntut di Victoria Institution sebelum melanjutkan pengajiannya dalam jurusan Perakaunan di Universiti Malaya. Beliau kemudiannya menerima ijazah MBA (Kewangan) daripada Universiti Islam Antarabangsa. Beliau pernah bekerja buat seketika di syarikat perakaunan, Arthur Andersen selepas mendapat ijazah pertama tetapi membuat keputusan untuk berhenti bagi menguruskan perniagaan keluarga, yang kini dimilikinya sendiri. Razali juga seorang pelabur jangka panjang dalam pasaran saham. Layari blog beliau, Risalah Labur Niaga di www.laburniaga.blogspot.com untuk membaca rencana dan pandangan beliau mengenai perkembangan dunia pelaburan serta kewangan. Beliau amat mengalualukan pandangan dan maklum balas anda, yang boleh dihantar melalui e-mel ke razalirazman@yahoo.com.