About The Author:
Idham Jantan ialah seorang penulis bebas yang aktif menulis artikel mengenai perihal penjagaan kucing dalam Berita Harian Singapura. Selain daripada itu, beliau juga sukarelawan dan jurucakap untuk Cat Welfare Society di Singapura. Graduan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal dari University College London ini juga berkhidmat sebagai Pengarah di sebuah syarikat multinasional iaitu Hai Li Technology dan Pengurus Pentadbiran sukarela di Madrasah Al-Junied Al-Islamiah, Singapura. Beliau pernah ditemu ramah oleh beberapa stesen radio di Singapura mengenai penjagaan kucing. Minat yang mendalam terhadap kucing banyak mendorong beliau untuk terus aktif dalam aktitivi kebajikan untuk menyelamatkan dan menjaga haiwan teraniaya ini.