About The Author:
Mohd Rahshidi Zakaria mempunyai sijil kelayakan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi dari POLIMAS. Beliau kemudian menyambung pendidikannya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian) di UTeM.
Rahshidi mempunyai minat yang mendalam untuk menjalankan perniagaannya sendiri. Minat ini tertanam sejak beliau tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Permulaan modal perniagaan sebanyak RM5,000 yang dipinjam daripada pakciknya, menjadi pengorak langkah beliau membuka perniagaan secara rasminya yang juga merupakan perniagaan pertamanya. Nice IT Centre Sdn Bhd ditubuhkan pada 7 Julai 2003.
Perniagaan sememangnya hanya untuk individu yang inginkan cabaran. Namun, cabaran berniaga ini dapat diimbangi dengan keseronokan dalam mendapat keuntungan dan kebolehan menguruskan masa dengan lebih fleksibel. Jadi, beliau sering mencari jalan untuk memudahkan tugasan saya agar mendapat masa yang lebih untuk diri sendiri, keluarga dan berkomuniti.
Aplikasi Google telah banyak membantu dalam perihal pengurusan perniagaan kedua-dua syarikatnya termasuklah My WorkZone Sdn Bhd, ke arah yang lebih sistematik. Profil Google beliau ialah www.google.com/profiles/mrshidi.
Antara pencapaian keusahawanan yang pernah beliau perolehi ialah menerima Geran MSC Malaysia Technopreneur Pre-seed dari MDeC dan merangkul kolaborasi syarikat bersama The National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH) dalam membangunkan simulasi keselamatan. Sila layari laman web googlesme.com atau www.facebook.com/googlesme untuk mengikuti perkembangan semasa buku ini dan segala promosi yang dianjurkan oleh Rahshidi sendiri..