Natra Abd Hamid

About The Author:

Natra Abd Hamid, anak ketiga daripada tujuh beradik. Beliau merupakan seorang Pengarah Urusan di PUSAT TUISYEN PRAGMATIK DINAMIK yang telah ditubuhkan pada tahun 2007 ketika berusia 21 tahun. Seorang yang berkaliber dan berdedikasi dalam menguruskan perniagaan sehingga berjaya membuka beberapa buah cawangan pusat tuisyen.

Beliau juga merupakan Pengarah Urusan di IZRA GLOBAL & SERVICES, sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan dalam bidang Pendidikan, Hartanah dan Pelancongan. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah menyediakan konsultansi membuka dan memajukan perniagaan Pusat Tuisyen, menyediakan ‘Home Tuition’,menjual tanah dan pakej pelancongan dengan harga murah.

Beliau sangat meminati bidang pendidikan dan perniagaan. Pengalaman beliau dalam pendidikan dan perniagaan banyak mendidik beliau menjadi usahawan Pusat Tuisyen yang berjaya. Beliau juga mula mengajar tuisyen sejak tahun 2004 sehingga kini. Sesungguhnya menyampaikan ilmu ialah keutamaan bagi beliau.

Selain itu, beliau telah banyak memberi peluang pekerjaan kepada graduan lepasan universiti sebagai guru tuisyen. Hal ini banyak membantu para graduan memahirkan dan memantapkan diri di dalam bidang pendidikan.

Misi beliau, ingin melihat semua rakyat Malaysia berjaya di tanah air mereka sendiri. Tidak kira siapa anda atau apa latar belakang anda. Bagi beliau setiap insan mempunyai hak dan peluang untuk berjaya di dalam kehidupan.

Natra Abd Hamid
 
Sort by:    Product     Price     Default    


Rahsia Usahawan Tuisyen

CODE: ratu

Price : RM29.90

Buku ini membincangkan peluang pendapatan lumayan yang bakal diperolehi usahawan dalam industri pusat tuisyen. Setiap bahagian dalam buku membongkar rahsia-rahsia kejayaan para usahawan tuisyen, baik peluang, potensi, masa hadapan serta pasaran strategik yang menguntungkan. Menariknya, manual langkah demi langkah, daripada pembukaan pusat tuisyen, keperluan, modal, dan pengurusan perniagaan, semuanya dikongsi oleh kedua-dua penulis yang berpengalaman luas dalam industri tuisyen.
 

Loading...