Buat Duit Dengan Ikan Air Tawar
- Publisher: True Wealth Sdn Bhd
- Product Code: IKAN
- Availability: 21
- RM39.90
- Price Exclude Tax: RM39.90
Title: Buat Duit Dengan Ikan Air Tawar
Description:
Buku ini
merupakan rujukan terbaik untuk para usahawan yang ingin berkecimpung dalam
industri ikan air tawar. Panduan yang diberikan mampu menambah informasi
bagaimana ladang ternakan boleh beroperasi dengan berjaya dan memaksimumkan
nilai pendapat yang dijana. Selain daripada itu, buku ini dapat memberi
gambaran sepenuhnya mengenai senario penternakan ikan air tawar di Malaysia
yang perlu diketahui umum serta dapat mengelakkan pengusaha daripada terjerumus
ke dalam mana-mana pelaburan penternakan yang tidak memberi pulangan!
Pelajari:
- Kebaikan dalam industri perikanan ikan air
tawar
- 10 fakta yang tidak benar dalam penternakan
ikan
- Apa yang perlu diketahui sebelum menjadi
penternak
- Spesis ikan air tawar yang berpotensi
- Teknik menjana keuntungan dalam bidang
penetasan anak ikan
- Bagaimana mengaut keuntungan dalam
perusahaan kolam memancing
- Rahsia menternak udang gantung dan ikan
seluang tanpa sebarang kos
- Bagaimana membawa industri perikanan
selangkah ke hadapan
About The Author:
Mohd Hanafiah
Mohd Aripin merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat telekomunikasi di
negara ini. Dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang menjalankan
perusahaan penternakan ikan air tawar, beliau mula berkecimpung dalam bidang
penternakan ikan air tawar seawal usia kanak-kanak lagi. Pemilik Ijazah Sarjana
Muda (Kepujian) dalam bidang Kejuruteraan Elektrik ini masih giat berkecimpung
dalam industri penternakan. Berpandukan ilmu pengetahuan yang dimiliki, pusat
penternakan yang diusahakan oleh beliau telah dijadikan contoh dan rujukan oleh
pelajar-pelajar dari 4 kolej dan universiti tempatan.
Book Details | |
Author | Mohd Hanafiah |
ISBN | 978-967-416-065-4 |
Page | 196 |
Publisher | True Wealth Sdn Bhd |
Published Date | Mac 2015 |
Return Period | 14 days |