Bertaut Kembali
- Publisher: True Wealth Sdn Bhd
- Product Code: BEKE
- Availability: 57
- RM19.90
- Price Exclude Tax: RM19.90
Title: Bertaut Kembali
Description:
Novel ini mengisahkan tentang Puteri Nur Dania atau Nia, yang nekad untuk melarikan diri setelah bertahun-tahun terpenjara dalam neraka ciptaan suaminya. Dalam kekeliruan mencari hala tuju, Nia menemui sirna apabila Razlan, mentor akrabnya sewaktu zaman universiti dahulu menyambut baik kehadirannya. Di saat Raz merasakan cintanya bertaut kembali, Anuar dibebaskan dari penjara dan memburu Nia yang menyebabkannya meringkuk di sana. Dalam pada mereka cuba melepaskan diri daripada dendam Anuar, Anis yang selama ini merasakan Raz miliknya pula merancang pembunuhan Nia. Musibah menimpa mereka berdua dan tiba-tiba, muncul Aleesya dalam hidup mereka. Siapakah Aleesya? Terlepaskah Nia daripada cengkaman Anuar? Berjayakah Anis merampas Raz daripada Nia? Apakah cinta Raz yang layak bergelar bapa Nia bertaut kembali pada akhirnya? Ikuti kisah selanjutnya dalam Bertaut Kembali.
Tarikan Jualan :
Plot cerita digarap dengan baik, kisah dendam dan percintaan yang penuh dengan konflik serta boleh mengundang rasa ingin tahu pembaca. Membawa pembaca menelusuri gambaran kehidupan seorang wanita, mangsa penganiayaan seorang suami serta percintaan yang penuh dengan liku. .
- Plot cerita digarap dengan baik, mempunyai unsur-unsur fiksyen sains, suspense dan thriller yang boleh mengundang rasa ingin tahu pembaca.
- Membawa pembaca menelusuri gambaran kehidupan realiti masa kini dan hakikat sebenar sebuah kehidupan.
About The Author:
Noorazian Noordin merupakan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia. Minat mendalam beliau dalam dunia penulisan telah mendorongnya menghasilkan novel pertama Anugerah Kasih pada tahun 2012. Pekerjaan beliau dalam menyediakan perkhidmatan perakaunan secara bebas (Freelance Accounting Service) telah memberi banyak masa untuk beliau menulis novel. Beliau boleh dihubungi di azian.writes@gmail.com serta layari azianwrites.blogspot.com untuk mengetahui aktiviti penulisan beliau.
Book Details | |
Author | Noorazian Noordin ISBN: Total Page(s): Publisher: |
ISBN | 978-967-416-034-0 |
Page | 255 |
Publisher | Anggun Publishing |
Published Date | November 2013 |
Return Period | 14 days |