Anugerah Kasih
- Publisher: Anggun Publishing
- Product Code: ANKA
- Availability: 56
- RM29.90
- Price Exclude Tax: RM29.90
Title: Anugerah Kasih
Description:
Novel ini mengisahkan tentang Raiyan, seorang wanita agresif yang bertemu dengan “Princessnya”, Dee. Perhubungan mereka menjadi sangat rapat sehingga menjadi isu panas di dalam keluarga masing-masing, terutamanya Raiyan. Raiyan kemudiannya mengenalkan Dee kepada sepupunya, Badrul dengan harapan untuk menyatukan mereka dan melawan perasaan cintanya kepada Dee. Badrul yang baru sahaja memulakan langkah untuk mengenali Dee terkejut apabila mengetahui Dee tiba-tiba telah jatuh cinta dengan seorang lelaki pendatang bernama Ammar. Apakah impian Raiyan untuk melihat Princessnya bersanding dengan Badrul tercapai? Selamatkah Dee daripada jerat ilmu pengasih lelaki pendatang?
About The Author:
Noorazian Noordin memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia. Pekerjaan beliau di dalam menyediakan perkhidmatan perakaunan secara bebas (Freelance Accounting Service) telah memberi banyak masa untuk beliau menulis novel. Novel Anugerah Kasih ini merupakan novel sulung karya penulisannya. Layari azianwrites.blogspot.com untuk menghubungi atau mengetahui lebih lanjut mengenai penulis.
Book Details | |
Author | Noorazian Noordin |
ISBN | 978-967-5428-96-8 |
Page | 312 |
Publisher | Anggun Publishing |
Published Date | May 2012 |
Return Period | 14 days |